KUALA LUMPUR – Kadar populasi dewasa di Malaysia yang lengkap menerima vaksin Covid-19 kini mencapai 91.5 peratus atau 21,430,294 setakat 11.59 malam Sabtu, demikian menurut data Kementerian Kesihatan di portal CovidNow.
Dalam tempoh sama juga, sebanyak 95.1 peratus populasi dewasa atau 22,265,430 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Pada Sabtu, sejumlah 128,347 dos vaksin diberikan melibatkan golongan dewasa dan remaja yang menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar sejak 24 Februari lepas meningkat kepada 46,761,751.
Dalam pada itu, bagi pemberian dos penggalak kepada kumpulan sasar, sebanyak 3,181 diberikan pada Sabtu menjadikan jumlah keseluruhan dos penggalak diberikan kini 18,766.
Bagi kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat Sabtu sebanyak 716,332 individu atau 22.8 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin, manakala 2,450,352 individu atau 77.9 peratus terima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK bagi golongan itu yang bermula sejak 8 September lepas. – Bernama