Home Koronavirus Vaksinasi lengkap kurangkan kematian sehingga 88 peratus

Vaksinasi lengkap kurangkan kematian sehingga 88 peratus

Vaksinasi lengkap kurangkan kematian sehingga 88 peratus

PUTRAJAYA – Vaksinasi lengkap Covid-19 didapati mampu mengurangkan peratusan kematian sehingga 88 peratus.

Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal Kebangsaan (NIH) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr P Kalaiarasu berkata, ia berdasarkan 1,261,270 jumlah populasi kajian.

“Keberkesanan bagi separa lengkap ialah 49 peratus,” katanya dalam sesi libat urus bersama media pada Khamis.

Memperincikan kes kematian beliau berkata, keberkesanan dos lengkap AstraZeneca adalah 92 hingga 98 peratus.

“Bagi Pfizer pula ia adalah sekitar 92 hingga 94 peratus manakala Sinovac adalah 83 hingga 85 peratus,” katanya.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here