Home Koronavirus Vaksinasi harian catat rekod tertinggi pada Isnin

Vaksinasi harian catat rekod tertinggi pada Isnin

0
Vaksinasi harian catat rekod tertinggi pada Isnin

KUALA LUMPUR – Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan mencatat rekod vaksinasi harian tertinggi pada Isnin dengan pemberian 197,963 dos sekali gus menghampiri sasaran vaksinasi harian yang ditetapkan kerajaan iaitu 200,000 dos sehari.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian di Twitter berkata, daripada jumlah itu, seramai 142,890 individu menerima dos pertama manakala 55,073 individu menerima dos kedua.

Beliau berkata, seramai 1,413,039 individu telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 dan seramai 3,275,194 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini adalah sebanyak 4,688,233.

Lima negeri yang mencatatkan penerima kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 180,605 diikuti Sarawak (159,920); Johor (135,621); Perak (135,435) dan Kuala Lumpur (127,174).

Sementara itu, berdasarkan perkongsian laporan harian jumlah pendaftaran kumulatif vaksin, Dr Adham berkata, seramai 13,811,642 pendaftaran direkodkan pada Isnin dengan perkembangan nasional sebanyak 59 peratus.

Selangor menjadi negeri tertinggi yang merekodkan jumlah pendaftaran iaitu sebanyak 3,510,783 diikuti Johor (1,723,619), Sarawak (1,321,651) dan Kuala Lumpur (1,167,136).

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan menyasarkan lebih 200,000 orang akan menerima suntikan vaksin Covid-19 sehari bermula Julai ini dan kemudian ditingkatkan kepada lebih 300,000 orang sehari mulai Ogos. – Bernama

Jumlah pemberian vaksin COVID-19 setakat 14 Jun 2021 ialah 4,688,233 dos.

197,963 dos pada 14 Jun.

Jumlah yang terima dos pertama ialah 3,275,194 orang. Daripada jumlah itu, 1,413,039 orang juga terima dos kedua

Daftar di MySejahtera, https://t.co/jWUzMEwwWM Tel 1800888828 pic.twitter.com/6tVL8j1ekC

— Dr Adham Baba (@DrAdhamBaba) June 15, 2021

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here