Home Koronavirus Vaksinasi di empat PPV di Sibu ditangguh

Vaksinasi di empat PPV di Sibu ditangguh

0
Vaksinasi di empat PPV di Sibu ditangguh

SIBU – Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kepada orang awam di empat pusat pemberian vaksin (PPV) di bahagian Sibu akan ditangguhkan sementara berkuat kuasa 30 Ogos ini.

Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) Bahagian Sibu dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan PPV tersebut adalah Stadium Tertutup Sibu, Dewan Serbaguna Sibu Jaya, Dewan Serbaguna Selangau dan Dewan Pejabat Daerah Kanowit.

“Individu yang belum membuat suntikan vaksin Covid-19 dan mempunyai janji temu suntikan dos kedua boleh hadir ke Klinik Kesihatan Lanang, Klinik Kesihatan Sibu Jaya, Klinik Kesihatan Selangau atau Hospital Kanowit untuk mendapatkan suntikan vaksin tersebut,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, program vaksinasi bergerak menggunakan bas khas dan pusat vaksinasi di Pasar Sentral Sibu secara jumpa terus atau ‘walk-in’ masih beroperasi seperti biasa mengikut jadual yang ditetapkan.

Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi talian hotline PPV Daerah Sibu, 019-8159608 atau melalui pesanan ringkas dan WhatsApp ke talian 016-7154991. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here