Home Koronavirus Vaksinasi: 6,547 warga pertahanan sudah divaksin

Vaksinasi: 6,547 warga pertahanan sudah divaksin

0
Vaksinasi: 6,547 warga pertahanan sudah divaksin

KUALA LUMPUR – Seramai 6,547 warga Kementerian Pertahanan sudah menerima suntikan vaksin di bawah Fasa Satu Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang melibatkan warga pertahanan yang melibatkan 42,120 orang, setakat jam 5.00 petang Selasa.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, di bawah Fasa Satu itu, 35,573 warga pertahanan lagi akan menerima suntikan vaksin di 58 pusat pemberian vaksin Angkatan Tentera Malaysia di seluruh negara.

“Fasa berkenaan dijangka selesai pada 30 April ini iaitu seramai 42,120 warga pertahanan termasuklah anggota beruniform dan awam akan divaksin,” katanya pada sidang akhbar perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan di Wisma Pertahanan, di sini.

Mengulas mengenai penerimaan warga pertahanan terhadap program vaksinasi berkenaan, Ismail Sabri berkata, warga pertahanan menerimanya dengan baik.

“Kesemua mereka (warga pertahanan) bersetuju dan tidak ada sebarang bantahan atau penolakan untuk menerima vaksin Covid-19 ini,” katanya. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here