Home Koronavirus Vaksin Pfizer-BioNTech sesuai untuk remaja

Vaksin Pfizer-BioNTech sesuai untuk remaja

Vaksin Pfizer-BioNTech sesuai untuk remaja

WASHINGTON – Pentadbiran Ubat-Ubatan dan Makanan (FDA) di Amerika Syarikat (AS) pada Isnin meluluskan penggunaan vaksin Covid-19 keluaran syarikat Pfizer-BioNTech untuk golongan muda yang berumur antara 12 hingga 15 tahun.

Berikutan itu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menganggap kelulusan itu merupakan harapan cerah bagi negaranya untuk menangani penularan virus tersebut.

Pemangku Komisioner FDA, Janet Woodcock menggambarkan kelulusan itu adalah satu langkah yang penting dalam memerangi pandemik Covid-19 di AS.

“Tindakan ini membolehkan penduduk yang lebih muda dilindungi daripada Covid-19, membawa kita lebih hampir untuk kembali semula kepada (kehidupan) yang normal dan menamatkan pandemik,” katanya dalam satu kenyataan kepada AFP.

Pada Mac lalu, Pfizer dan BioNTech berkata, bahawa dua dos vaksin keluarannya telah menunjukkan ia selamat dan efektif ketika disuntik kepada 2,260 golongan remaja yang berusia 12 hingga 15 tahun dalam satu percubaan sebelum ini.

Pada minggu lalu, Biden menegaskan tentang pentingnya meluaskan lagi vaksinasi ke peringkat umur penduduk berusia antara 12 hingga 15 tahun dan berkata, pihak berkuasa bersedia untuk menggerakkan program vaksinasi sejurus selepas kelulusan diperoleh dari FDA.

Katanya, kira-kira 20,000 farmasi di seluruh negara bersedia memulakan program vaksinasi.

Vaksin Covid-19 keluaran syarikat Moderna dan Johnson & Johnson juga telah diberikan kelulusan oleh FDA untuk kegunaan kecemasan tetapi hanya untuk individu berusia lebih 18 tahun. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here