Home Koronavirus Vaksin kanak-kanak: Ibu bapa diharap tidak ragu-ragu

Vaksin kanak-kanak: Ibu bapa diharap tidak ragu-ragu

0
Vaksin kanak-kanak: Ibu bapa diharap tidak ragu-ragu

KUCHING – Ibu bapa di Sarawak yang masih mempunyai keraguan terhadap Program Imunisasi Covid-19 untuk Kanak-kanak (PICKids), diharap dapat membenarkan anak mereka diberikan vaksin.

Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, mereka perlu mempertimbangkan keputusan mereka, dan meletakkan faktor keselamatan anak-anak mereka sebagai keutamaan dalam membuat keputusan.

Jelasnya, keperluan mengambil vaksin kini lebih mendesak dengan berlakunya gelombang varian Omicron yang lebih senang dijangkiti.

“Terdapat ibu bapa yang masih ragu-ragu (untuk benarkan anak mereka divaksin), saya harap mereka dapat membenarkan anak mereka untuk disuntik.

“(Ini kerana) sekarang kita ada varian baru walaupun tidak telalu teruk, kalau boleh kita nak turunkan juga jumlah jangkitan Omicron ini dan salah satu cara adalah dengan menguatkan antibodi (melalui vaksin),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke pusat pemberian vaksin (PPV) PICKids di Klinik Kesihatan Kota Sentosa di sini pada Sabtu.

Semenjak pelaksanaan PICKids pada 3 Februari lalu, Sarawak telah memberikan vaksinasi kepada 19,430 orang kanak-kanak, iaitu 6.8 peratus daripada 286,000 jumlah kanak-kanak di Sarawak.

Tinjauan awam dilaksanakan Jabatan Kesihatan Sarawak mendapati sebanyak 60.3 peratus daripada 41,350 responden dalam kalangan ibu bapa di Sarawak, sangat bersetuju dengan PICKids.

Tinjauan sama juga mendapati, sebilangan ibu bapa iaitu 14.5 peratus memilih tidak membenarkan anak mereka menerima vaksin Covid-19, dengan alasan bimbang tentang keselamatan serta kesan sampingan vaksin ke atas anak mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here