Home Koronavirus Vaksin Covid-19: 76.6 peratus populasi keseluruhan lengkap vaksin

Vaksin Covid-19: 76.6 peratus populasi keseluruhan lengkap vaksin

0
Vaksin Covid-19: 76.6 peratus populasi keseluruhan lengkap vaksin

KUALA LUMPUR – Seramai 25,028,412 individu atau 76.6 peratus daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19, setakat Selasa.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, 78.6 peratus atau 25,696,859 daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Manakala seramai 22,425,264 individu atau 95.8 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Sementara 98 peratus atau 22,936,203 daripada populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja pula, seramai 2,603,148 individu atau 82.7 peratus telah melengkapkan dua dos.

Sementara itu, data kemajuan program imunisasi mengikut negeri bagi populasi keseluruhan menunjukkan hanya Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sabah masih merekodkan kadar vaksinasi di bawah 70 peratus.

Terdapat pertambahan 135,631 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi dewasa dan remaja.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 52,232,576 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan suntikan vaksin kepada rakyat Malaysia untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara. – Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here