Home Koronavirus Ujian ImmuSAFE Covid+ verifikasi keberkesanan vaksin

Ujian ImmuSAFE Covid+ verifikasi keberkesanan vaksin

0
Ujian ImmuSAFE Covid+ verifikasi keberkesanan vaksin

KUALA LUMPUR – Ujian ImmuSAFE biochip Covid+ yang dibangunkan bersama Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute (MARii), Sengenics dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), akan digunakan sebagai salah satu ujian bagi mengesahkan keberkesanan pelbagai jenis vaksin yang digunakan di Malaysia.

MARii dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, ia selaras dengan matlamat bagi mencapai komuniti kelompok di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

“Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengumumkan bahawa ujian respons imun yang berkaitan dengan vaksin Covid-19 akan dijalankan dengan menggunakan teknologi ImmuSAFE biochip.

“ImmuSAFE adalah ujian serologi Covid-19 (pemeriksaan serum darah) pelbagai antigen dan pelbagai domain yang pertama seumpamanya di dunia, dibangunkan di makmal yang mengandungi sembilan domain disahkan berfungsi atau protein Nucleocapsid (N) and Spike (S) SARS-CoV-2 expressed, menggunakan teknologi ‘folding protein Sengenics’ KREX’,” menurut kenyataan itu.

Menurutnya, ujian itu sepenuhnya kuantitatif, yang membolehkan pemeriksaan tinggi sampel Covid-19 untuk diagnosis jangkitan semasa atau sebelumnya, serta untuk pengukuran dan penyetempatan pengikatan antibodi, justeru memberikan cara untuk mengenal pasti korelasi antibodi terhadap perlindungan yang sedang berlangsung, dan pembangunan imuniti tahan lama terhadap jangkitan SARS-CoV-2 yang akan datang.

MARii berkata, ujian ImmuSAFE membolehkan ujian kuantitatif prevalens antibodi perlindungan menentang Covid-19, yang dihasilkan oleh sistem imun badan, sama ada menerusi vaksinasi atau pembangunan semula jadi daripada jangkitan.

“Ini bermakna ImmuSAFE membekalkan kaedah verifikasi yang boleh diukur bagi mengesahkan keberkesanan sebarang imunisasi yang terhasil, tanpa mengira jenis vaksin yang digunakan.

“Ujian ImmuSAFE mempunyai sensitiviti dan ketepatan 100 peratus, dan telah disahkan oleh IMR, badan penyelidikan perubatan bio KKM. Ini menjadikan ia sebagai platdorm yang ideal bagi mengesahkan keupayaan vaksin untuk mengimunkan populasi dengan lebih berkesan, di samping lain-lain penggunaan dalam kajian Covid-19 seroprevalence,” tambahnya.

MARii turut mengumumkan bahawa ia telah bekerjasama dengan KKM dalam kajian longitudinal ke atas antibodi dalam kalangan pesakit yang telah pulih daripada jangkitan Covid-19, atau asymptomatik, walaupun positif Covid-19.

Menurut kenyataan itu, kajian longitudinal akan melibatkan pemerhatian dan ujian kuantatif untuk satu tempoh masa bagi mengenal pasti keupayaan individu mengekalkan antibodi perlindungan dalam sistem imun mereka.

“ImmuSAFE boleh digunakan bagi mengenal pasti individu yang mempunyai pelbagai tahap antibodi yang berpotensi meneutralkan SARS-CoV-2,” katanya.

Menurutnya, data dan hasil kajian akan memberikan kefahaman yang lebih baik bentuk imunisasi dan pengurusan kesihatan di masa akan datang.

MARii adalah sebuah agensi yang ditubuhkan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) yang berperanan untuk memacu pembangunan sistem pintar strategik dan operasi melalui kemanusiaan dan penggunaan platform pintar, aplikasi serta teknologi digital seperti Big Data Analytics dan Kecerdasan Buatan. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here