Home Koronavirus UCYP diarah ditutup, seorang penuntut positif Covid-19

UCYP diarah ditutup, seorang penuntut positif Covid-19

0
UCYP diarah ditutup, seorang penuntut positif Covid-19

KUANTAN – Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP) ditutup berikutan seorang penuntut institusi milik penuh Yayasan Pahang (YP) itu disahkan positif Covid-19.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komissioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, penutupan itu dibuat selepas ia diputuskan dalam mesyuarat Taskforce Covid-19 Pahang yang diadakan pada Jumaat.

“Seramai 253 penghuni di UCYP telah menjalani kuarantin kendiri di bilik masing-masing sejak Khamis lalu.

“Kakitangan keselamatan UCYP yang bertugas akan mengawal premis dan semua laluan keluar masuk termasuk lorong-lorong tikus telah ditutup,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Beliau berkata, semua pergerakan keluar dan masuk ke UCYP juga tidak dibenarkan.

Jelasnya, seramai empat anggota Balai Kuantan berada di lokasi untuk mengawasi kawasan pergerakan dan rondaan parameter sehingga selesai proses saringan.

Mohamad Noor berkata, pasukan Pusat Kesihatan Daerah Kuantan telah melaksanakan saringan secara besar-besaran di UCYP bermula petang Jumaat.

“Semua kontak rapat (CC1) dicadangkan untuk dipindahkan ke pusat kuarantin,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here