Home Koronavirus Tujuh kematian baharu Covid-19 direkod, 1 BID

Tujuh kematian baharu Covid-19 direkod, 1 BID

0
Tujuh kematian baharu Covid-19 direkod, 1 BID

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan tujuh kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.

Angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 31,985 orang, daripada 2.85 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal CovidNow, satu daripada tujuh kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 57,152 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 49,787 individu atau 87.1 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 4,211 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 3,041 kes dirawat di hospital dan 113 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 54 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 59 lagi memerlukan mesin ventilator. – Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here