Home Koronavirus Tingkat pemantauan, saringan halang varian Omicron

Tingkat pemantauan, saringan halang varian Omicron

0
Tingkat pemantauan, saringan halang varian Omicron

SHAH ALAM – Kerajaan perlu meningkatkan pemantauan dan saringan di semua pintu masuk negara bagi memastikan varian Omicron tidak masuk ke negara ini.

Jurucakap MCA, Wong Siew Mun menyatakan negara tidak boleh melakukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekali lagi.

Menurutnya, negara perlu mengambil iktibar daripada varian Delta yang menular sehingga menyebabkan sekatan pergerakan dilaksanakan.

“Langkah meningkatkan keselamatan di pintu sempadan negara sudah tentu memberi keyakinan kepada rakyat untuk meneruskan aktiviti kehidupan seharian.

“Selain itu, ia juga akan memberikan keyakinkan kepada pelabur asing bahawa kerajaan hari ini serius menangani wabak Covid-19 ini sekali gus memulihkan ekonomi negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mengulas lanjut, beliau berkata, hasil ketegasan dengan tidak membenarkan kemasukan warga asing ke negara, jelas membuktikan kerajaan belajar dari kesilapan Pakatan Harapan sebelum ini.

“PH enggan melaksanakan sekatan dan saringan pelancong dari China walaupun negara lain sudah mula berbuat demikian,” ujarnya.

Pada masa yang sama, Siew Mun mengharapkan agar rakyat perlu terus memainkan peranan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Menerusi usaha kerajaan dan ditambah dengan kerjasama semua pihak, Malaysia pasti mampu mengharungi cabaran ini,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here