Home Koronavirus Tinggal 0.3 peratus capai 90 peratus vaksinasi dewasa

Tinggal 0.3 peratus capai 90 peratus vaksinasi dewasa

0
Tinggal 0.3 peratus capai 90 peratus vaksinasi dewasa

KUALA LUMPUR – Malaysia mencatat 89.7 peratus populasi dewasa atau 21,003,074 orang telah lengkap menerima dos vaksinasi Covid-19 setakat 11.59 malam tadi (9 Oktober), menjadikan sasaran untuk mencapai 90 peratus hanya berbaki 0.3 peratus.

Berdasarkan laman sesawang Covid Now yang dikemaskini, seramai 102,714 individu dewasa direkodkan menerima dos lengkap suntikan vaksinasi Covid-19 pada Sabtu.

Selain itu, terdapat 94.7 peratus populasi dewasa bersamaan dengan 1,172,944 individu yang telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu, bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK-Remaja), seramai 204,536 individu berusia 12 hingga 17 tahun atau 6.5 peratus telah lengkap dos suntikan manakala 2,044,331 remaja baru mendapat satu dos.

Populasi melibatkan peringkat remaja telah mencapai 71.5 peratus iaitu 2,248,867 individu yang menerima vaksin Covid-19.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan populasi yang menerima dos lengkap suntikan vaksinasi Covid-19 untuk negara ini adalah 64.9 peratus iaitu 24,424,885 individu.

Dalam pada itu, kes aktif Covid-19 mencatatkan penurunan apabila sebanyak 120,246 kes telah direkodkan.

Bagaimanapun, negara mencatatkan kosong kes kematian melibatkan pandemik Covid-19 pada Sabtu.

Pada 22 September, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, aktiviti merentas negeri akan dibenarkan apabila 90 peratus golongan dewasa telah melengkapkan vaksinasi Covid-19 mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here