Home Koronavirus Tiga lokaliti di Tawau dikenakan PKPD bermula esok

Tiga lokaliti di Tawau dikenakan PKPD bermula esok

0
Tiga lokaliti di Tawau dikenakan PKPD bermula esok

SHAH ALAM – Kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokaliti di Tawau, Sabah bermula esok sehingga 14 April.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiga lokaliti itu membabitkan Kampung Ranggu Batu 10, Mukim Balung, Fasa 2 Taman Semarak dan Kampung Baru Pasir Putih, Mukim Sri Tanjung.

Menurutnya, keputusan itu ekoran peningkatan kes mendadak di kawasan berikut.

“KKM telah mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak di ketiga-tiga lokaliti ini dengan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti adalah tinggi,” katanya menerusi kenyataan.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here