Home Koronavirus Tiga lagi kes positif direkodkan di Parlimen

Tiga lagi kes positif direkodkan di Parlimen

Tiga lagi kes positif direkodkan di Parlimen

PUTRAJAYA – Seramai tiga individu lagi disahkan positif Covid-19 ketika sidang Dewan Rakyat di Parlimen menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 88 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu tersebut mempunyai nilai kitaran ambang di antara 19.15 sehingga 22.27 dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi.

Menurut beliau, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) sedang menjalankan jujukan genom penuh dan masih menunggu keputusan akhir.

“Kesemua mereka mempunyai gejala ringan dan sebelum ini telahpun mendapat vaksin yang lengkap.

“Hasil siasatan mendapati mereka juga telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan kuarantin kendiri setelah pulang dari sidang Parlimen supaya tidak menjangkiti ahli keluarga.

“Siasatan untuk mengenalpasti kontak rapat semasa persidangan diteruskan oleh Pejabat Kesihatan Daerah berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Jelas beliau, semua individu yang hadir ke Parlimen dinasihatkan untuk terus memantau kesihatan kendiri menggunakan aplikasi MySejahtera.

“Sekiranya bergejala jalani ujian saringan Covid-19 dan mendapatkan rawatan segera,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here