PUTRAJAYA – “Tidak sakit pun, macam suntikan biasa,” demikian kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin memberi reaksi sedemikian ketika ditanya pihak media sebaik selesai menerima suntikan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan pada Rabu.
Pada Rabu, Muhyiddin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bersama empat petugas kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Covid-19, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya di sini.
AKAN MENYUSUL