Home Koronavirus Tiada lagi status kuning pada MySejahtera jika jadi kontak kasual

Tiada lagi status kuning pada MySejahtera jika jadi kontak kasual

0
Tiada lagi status kuning pada MySejahtera jika jadi kontak kasual

SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan bahawa MySejahtera tidak lagi akan berubah status sekiranya seseorang itu menjadi kontak kasual kes positif Covid-19.

Sebaliknya, beliau menjelaskan bahawa individu yang menjadi kontak kasual hanya akan menerima notifikasi di aplikasi berkenaan.

“Sebelum ini apabila MySejahtera Trace atau Check-in mengesan anda sebagai kontak kasual kes positif Covid-19, status di aplikasi berkenaan akan bertukar kepada kontak kasual (kuning).

“Kini tiada lagi perubahan status. Tetapi anda akan menerima notifikasi. Jika bergejala, asingkan diri dan lakukan ujian kendiri,” katanya pada Selasa.

Pengumuman tersebut mendapat reaksi positif daripada pengguna media sosial yang menyatakan ia langkah tepat bagi memudahkan rakyat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here