Home Koronavirus Tiada kompromi jika ahli tipu sijil vaksin, kata Abdul Hadi

Tiada kompromi jika ahli tipu sijil vaksin, kata Abdul Hadi

0
Tiada kompromi jika ahli tipu sijil vaksin, kata Abdul Hadi

MARANG – Tiada kompromi sekiranya ada mana-mana ahli yang didapati terlibat dalam penjualan atau pembelian sijil vaksinasi Covid-19 palsu, kata Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, mana-mana individu yang didapati melakukan perbuatan itu boleh dikenakan tindakan sekiranya ada laporan dibuat.

“Jika ada ahli-ahli Pas terlibat dalam penipuan sijil vaksin palsu atau terlibat rasuah, kita terbuka agar mereka disiasat kerana mahu membersihkan nama parti.

“Jika ada laporan dibuat, pihak berkenaan akan berdepan tindakan disiplin di peringkat parti,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah duha mingguan di Masjid Rusila, di sini pada Jumaat.

Polis Terengganu bersama Jabatan Kesihatan negeri pada 8 Januari lalu membongkar kegiatan penjualan sijil vaksinasi Covid-19 palsu yang dilakukan seorang doktor klinik swasta yang beroperasi di daerah Marang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here