KLANG – Masih tiada bukti varian Omicron mampu membina imuniti kelompok dalam kalangan masyarakat, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Beliau memberi respon tersebut susulan terdapat satu kajian yang dijalankan oleh pakar luar negara terutama di Afrika yang mendakwa varian itu mampu membina imuniti kelompok disebabkan oleh kadar transmisinya yang tinggi.
Memetik laporan The Star pada Jumaat, data saintifik yang dikumpulkan dalam tempoh 50 hari selepas varian itu dikesan di Afrika Selatan dan Botswana, Omicron didapati berbeza daripada strain Covid-19 lain kerana ia mempunyai simptom lebih ringan dan kadar kematian yang lebih rendah.
AKAN MENYUSUL