Home Koronavirus Terpaksa sediakan kontena khas simpan mayat pesakit Covid-19

Terpaksa sediakan kontena khas simpan mayat pesakit Covid-19

Terpaksa sediakan kontena khas simpan mayat pesakit Covid-19

SUNGAI BULOH – Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh terpaksa menyediakan kontena khas sebagai tambahan tempat penyimpanan jenazah atau mayat yang meninggal dunia kerana jangkitan Covid-19.

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi hantaran dimuat naik di Facebooknya memaklumkan enam lagi kematian dilaporkan di hospital itu pada Ahad.

Menurut kenyataan itu, lebih 80 peratus kematian akibat jangkitan Covid-19 di negara ini adalah daripada golongan berusia dan menghidap lebih satu penyakit kronik atau komorbiditi.

“Kebanyakan mereka mendapat jangkitan daripada ahli keluarga terdekat.

“Jika anda tinggal bersama golongan berisiko tinggi, lindungi diri anda untuk anda melindungi mereka,” menurut kenyataan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here