Home Koronavirus Terima sumbangan kontena simpan jenazah pesakit Covid-19

Terima sumbangan kontena simpan jenazah pesakit Covid-19

0
Terima sumbangan kontena simpan jenazah pesakit Covid-19

SHAH ALAM – Menyedari keperluan mendesak tempat penyimpanan jenazah pesakit Covid-19, sebuah syarikat tampil memberikan sumbangan sebuah kontena bernilai RM42,000 yang siap diubah suai dengan sistem sejuk beku kepada Hospital Shah Alam pada Ahad.

Kontena bersaiz 3.71 meter persegi (40 kaki) yang mampu memuatkan hingga 30 jenazah itu disumbangkan oleh Syarikat Maritime Network Sdn Bhd sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu.

Ia disampaikan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Santhara Kumar kepada Pengarah Hospital Shah Alam, Dr Ruzita Othman.

“Pada mulanya kontena ini ingin disumbangkan untuk kawasan di Kuala Lumpur namun diputuskan diberikan kepada Hospital Shah Alam memandangkan hospital itu lebih memerlukan ruang tambahan bagi penyimpanan jenazah pesakit Covid-19.

“Satu kontena tambahan juga akan disumbangkan dalam seminggu dua lagi untuk Hospital Shah Alam,” katanya kepada pemberita di sini pada Ahad.

Sementara itu, Santhara Kumar berkata, ruang penyimpanan jenazah pesakit Covid-19 di Kuala Lumpur ketika ini adalah mencukupi susulan pembukaan Pusat Sehenti Urus Mayat (PUSUM) Kuala Lumpur di Kompleks Sukan Institut Sukan Negara, Jalan Raja Muda, Kampung Baru. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here