Home Koronavirus ‘Tak rasa sakit, jadi tak perlu risau’

‘Tak rasa sakit, jadi tak perlu risau’

0
‘Tak rasa sakit, jadi tak perlu risau’

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menerima suntikan vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur pada Selasa.

Beliau meluahkan kesyukuran kerana diberikan peluang merasai pengalaman menerima suntikan vaksin Pfizer BioNTech sekitar jam 10 pagi.

“Sebelum ini saya tertanya-tanya mengenainya namun segalanya berjalan dengan baik. Protokol kemas bermula dengan pendaftaran di MySejahtera dan diberikan borang persetujuan menerima suntikan secara sukarela serta beberapa persoalan berhubung tahap kesihatan diri.

“Proses suntikan berjalan dengan baik dan suntikan tak ada rasa apa-apa, tak rasa sakit jadi tak perlu risau,” katanya pada siaran langsung di Facebook beliau pada Selasa.

Kongsinya lagi, beliau diberikan rehat selama 30 minit untuk pemantauan sekiranya terdapat kesan selepas menerima suntikan tersebut.

“Ternyata tiada apa-apa kesan, rasa biasa sahaja. Pada 23 Mac ini saya akan ambil suntikan kali kedua. Jadi rakyat atau masyarakat tidak perlu menaruh kebimbangan kerana kita dah jadi testimoni.

“Tahniah kepada Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah menyusun satu protokal suntikan yang teratur dan kemas, sementara petugas pula menjalankan tugas dengan baik,” katanya.

Beliau memaklumkan lebih 40,000 petugas barisan hadapan akan menerima suntikan vaksin pada fasa pertama di Wilayah Persekutuan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here