Home Koronavirus ‘Tak patuh SOP punca Covid-19 di Kelantan masih tinggi’

‘Tak patuh SOP punca Covid-19 di Kelantan masih tinggi’

0
‘Tak patuh SOP punca Covid-19 di Kelantan masih tinggi’

KOTA BHARU – Kelantan belum beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) kerana masih merekodkan jangkitan Covid-19 harian melebihi 1,000 kes, kata Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin.

Beliau berkata, trend jangkitan Covid-19 pada empat angka itu juga berlaku susulan ketidakpatuhan penduduk negeri ini terhadap prosedur operasi standard (SOP) dalam membendung wabak berkenaan.

“Oleh kerana jangkitan Covid-19 di negeri ini masih lebih 1,000 maka kita lambat sikit nak pergi (beralih) ke Fasa Tiga… kita dah capai dua nilai ambang, cuma indikator bagi purata kes harian yang belum tercapai,” katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pemberian vaksin (PPV) remaja di sebuah sekolah di sini pada Selasa.

Justeru Dr Izani menggesa seluruh rakyat Kelantan memberi kerjasama dengan sentiasa mematuhi dan mengamalkan SOP supaya kes jangkitan Covid-19 di negeri ini turun, sekali gus membolehkan negeri ini memasuki fasa seterusnya.

Setakat tengah hari Selasa, Kelantan mencatatkan 1,063 kes baharu Covid-19. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here