Home Koronavirus ‘Tak boleh dinafikan darurat, PKP 2.0 sudah gagal’

‘Tak boleh dinafikan darurat, PKP 2.0 sudah gagal’

‘Tak boleh dinafikan darurat, PKP 2.0 sudah gagal’

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan keadaan Covid-19 di negara ini jauh lebih kritikal berbanding ketika Ordinan Darurat dilaksanakan sejak empat bulan lalu.

Menerusi kenyataan dimuat naik di Fabeooknya, Najib mendakwa kematian baru naik 350 peratus daripada empat ke 18 mangsa.

Menurutnya, jumlah kematian dalam tempoh tujuh hari lalu naik 89 peratus daripada 54 mangsa kepada 102 mangsa.

“Bilangan pesakit dalam ICU (unit rawatan rapi) naik 88 peratus dari 187 kepada 352 pesakit dan pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan naik 114 peratus dari 87 kepada 175 pesakit.

“Bilangan kluster baharu dikesan dalam tempoh tujuh hari lepas naik 51 peratus dari 57 kepada 86 kluster dan kluster aktif (pada Isnin) pula adalah 398 iaitu 54 peratus lebih tinggi berbanding 258 masa darurat diumum,” katanya.

Menurutnya, maklumat itu menunjukkan dari hampir segala aspek, keadaan Covid Malaysia sebenarnya jauh lebih kritikal berbanding ketika darurat diumum.

“Tidak boleh dinafikan oleh sesiapa bahawa Darurat+PKP 2.0 sudah gagal,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here