Home Koronavirus Switzerland buang 10 juta dos vaksin Moderna

Switzerland buang 10 juta dos vaksin Moderna

0
Switzerland buang 10 juta dos vaksin Moderna
Vaksin moderna yang dibangunkan syarikat farmaseutikal dari AS, Moderna, Inc. – Foto Agensi

GENEVA – Switzerland terpaksa memusnahkan 10.3 juta dos vaksin Covid-19 dibangunkan syarikat farmaseutikal Amerika Syarikat (AS), Moderna.

Kementerian Kesihatan memaklumkan, ia tiada pilihan lain kecuali menghapuskan vaksin itu kerana telah tamat tempoh pada Rabu lalu.

Kesemua vaksin yang dimusnahkan itu melibatkan nilai AS$285 juta (RM1.3 bilion).

Pada Jun, portal berita Swissinfo menganggarkan Switzerland mempunyai lebihan 38 juta dos pelbagai vaksin Covid-19 yang akan tamat tempoh sebelum akhir tahun ini. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here