Home Koronavirus Suntikan vaksin remaja di Labuan, Lembah Klang diberikan selepas Sarawak

Suntikan vaksin remaja di Labuan, Lembah Klang diberikan selepas Sarawak

0
Suntikan vaksin remaja di Labuan, Lembah Klang diberikan selepas Sarawak

KUALA LUMPUR – Suntikan vaksin Covid-19 terhadap remaja di Labuan dan Lembah Klang akan diberikan selepas selesai vaksinasi di Sarawak, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

“Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) telah memberi kebenaran pelaksanaan vaksinasi Covid-19 terhadap remaja.

“Vaksinasi remaja di Sarawak akan bermula hari ini, bermula dengan remaja berumur 16 dan 17 tahun dan berumur 12 hingga 15 tahun yang berisiko tinggi atau mempunyai penyakit kronik.

“Ia akan diikuti oleh Labuan dan Lembah Klang tidak lama lagi. Kita akan memberikan vaksin jenis Pfizer,” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Rabu.

Kumpulan pertama daripada 76,400 remaja di Sarawak akan menerima suntikan vaksin mereka pada Rabu. – Bernama

The @JKJAVMY has green lit the commencement of adolescent COVID-19 vaccination. Sarawak will begin today starting with 16-17 year olds and 12-15 yo who are at high risk (w/ chronic medical conditions). Labuan & Klang Valley will follow shortly. We will be giving the Pfizer vax.

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) September 7, 2021

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here