Home Koronavirus Suntikan ‘booster’, kerajaan tunggu syor kumpulan pakar

Suntikan ‘booster’, kerajaan tunggu syor kumpulan pakar

Suntikan ‘booster’, kerajaan tunggu syor kumpulan pakar

KUALA LUMPUR – Kerajaan masih lagi menunggu syor daripada kumpulan pakar berkenaan keputusan sama ada keperluan penggunaan berkenaan ‘booster dose’ di negara ini.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pada minggu hadapan kumpulan pakar yang dipengerusikan oleh Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Kalaiarasu M Peariasamy akan memberikan syor berkenaan keperluan sama ada negara ini memerlukannya atau tidak.

“Perkara ini juga akan dibentangkan bukan hanya dari sudut keperluan ‘booster dose’ berdasarkan pengalaman di negara-negara lain,” katanya ketika menggulung perbahasan mengenai vaksinasi di Dewan Rakyat pada Rabu.

Menurut beliau, perkara itu juga melibatkan pemberian vaksin yang berbeza daripada vaksin asal yang diterima.

“Ada beberapa negara sudah mengamalkannya contohnya di Korea Selatan dan Jerman disebabkan gangguan kepada bekalan vaksin, mereka terpaksa mencampurkan vaksin mereka,” katanya.

Khairy berkata, kerajaan akan mendapat syor terbabit berdasarkan ‘real world’ data dan data klinikal sama ia selamat untuk digunakan.

“Yang kedua sama ada mereka yang telah menerima lengkap dua dos satu jenis vaksin boleh terima ‘booster shot’ yang ketiga menggunakan vaksin lain,” jelasnya.

Menjawab pertanyaan Dr Lee Boon Chye (PH-Gopeng) berhubung sama ada vaksin Sinovac telah dikeluarkan daripada PICK, Khairy yang juga merupakan Ahli Parlimen Rembau menafikannya.

“Sinovac tidak dikeluarkan daripada PICK. Cuma kerajaan telah selesai menerima perolehan kita.

“Tetapi Sinovac masih lagi berada dalam PICK dan kita boleh pada bila-bila waktu dan masa memperoleh Sinovac untuk PICK,” jelasnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here