![Sultan Selangor, Tengku Permaisuri terima suntikan Covid-19 Sultan Selangor, Tengku Permaisuri terima suntikan Covid-19](https://krfwordpressstorage.blob.core.windows.net/siasatdata/2021/04/1028845-HV2weS.jpeg)
![](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2021/04/10/1028845.jpg)
SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman melengkapkan dos suntikan kedua vaksin Covid-19 di Hospital Shah Alam pada Sabtu.
Turut menerima dos suntikan kedua ialah, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.
Selangor Royal Office memaklumkan, suntikan dos kedua jenis Pfizer-BioNTech itu dilakukan selepas 21 hari baginda berdua menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 pada 20 Mac lalu.
“Baginda berkenan untuk mengambil suntikan vaksin Covid-19 ini selepas dimaklumkan bahawa hampir kesemua petugas barisan hadapan di Selangor telah pun mendapatkan suntikan vaksin masing-masing,” kata kenyataan itu pada Sabtu.
Kenyataan itu memberitahu baginda berdua turut meminta rakyat di semua peringkat umur tidak ragu-ragu untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 demi kesejahteraan dan kesihatan.
“Baginda menggesa rakyat segera melakukan pendaftaran di aplikasi MySejahtera dan bersabar menanti giliran untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan,” katanya.