Home Koronavirus SUK Negeri Sembilan positif Covid-19

SUK Negeri Sembilan positif Covid-19

0
SUK Negeri Sembilan positif Covid-19

SEREMBAN – Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Dr Razali Ab Malik disahkan positif Covid-19.

Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis memberitahu, Razali kini sedang menjalani kuarantin di rumah.

“Hari ini beliau sertai majlis mesyuarat kerajaan secara dalam talian.

“Saya tidak pasti keadaan beliau macam mana. Tapi beliau sedang kuarantin di rumah,” katanya pada Khamis.

Menurutnya, Pejabat Kesihatan Daerah Seremban sedang membuat pengesanan kontak rapat dan sesiapa yang berkenaan dinasihatkan untuk kuarantin.

Bagaimanapun katanya, pejabat SUK tidak akan ditutup dan akan disanitasi oleh Pejabat Kesihatan Daerah Seremban.

“Ini adalah sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP). Kita belum tahu berapa ramai yang perlu menjalani saringan Covid-19,” katanya.

Dalam pada itu, Sinar Harian difahamkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun turut menjalani kuarantin di rumah kerana kontak rapat dengan Razali.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here