![Suami, enam anak Rebecca dijangkiti Covid-19 Suami, enam anak Rebecca dijangkiti Covid-19](https://krfwordpressstorage.blob.core.windows.net/siasatdata/2021/07/1127257-QncW5f.jpeg)
![](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2021/07/09/1127257.jpg)
KUALA LUMPUR- Pelakon, Datin Rebecca Nur Al Islam, 35, mengesahkan suami dan enam anaknya dijangkiti Covid-19.
Berita itu dikongsi selebriti itu menerusi laman Instagramnya semalam.
Rebecca berkata, suaminya, Datuk Nur Azam Sulaiman, enam cahaya mata, Nor Khayrin, Nor Adam Daniel, Nor Anggun Raverra, Nor Aliff Al-Raffael, Nor Ahmet Al-Reaggan dan Nor Aurora Riana serta tiga pembantu rumahnya disahkan positif Covid-19, sejak semalam.
Bagaimanapun, Rebecca dan dua lagi anaknya, Nor Arif Qayyum dan Nor Anggerik Renesmee disahkan negatif.
“Keluarga saya diserang pandemik Covid-19 ini. Saya sangat sedih dan terlalu berduka cita.
“Saya perlukan doa anda semua. Terima kasih dan minta maaf daripada kami sekeluarga,” katanya.