Home Koronavirus Strategi kawalan Covid-19 perlu perubahan drastik

Strategi kawalan Covid-19 perlu perubahan drastik

Strategi kawalan Covid-19 perlu perubahan drastik

SHAH ALAM – Negara perlu melakukan perubahan drastik dalam strategi untuk mengawal penularan Covid-19 yang ketika ini dilihat telah meragut lebih banyak nyawa sejak awal tahun ini.

Pakar Perunding Kanan Pediatrik HSS, Datuk Dr Amar Singh berkata, usaha semasa yang dilakukan negara untuk membendung wabak Covid-19 dilihat berada dalam arah yang membimbangkan dengan mengambil kira kadar kematian Covid-19 di dalam negara.

“Malaysia ibarat mengejar ekor naga dalam usaha untuk mengurangkan kes Covid-19.

“Kita memerlukan perubahan strategi yang dramatik untuk bergerak ke hadapan agar wabak ini dapat dikawal,” katanya menerusi ciapan di Twitternya yang turut berkongsikan graf kematian harian Covid-19 di Malaysia oleh laman web sumber data antarabangsa, Our World In Data.

Graf yang menunjukkan jumlah kematian harian akibat Covid-19 bagi setiap sejuta rakyat Malaysia itu menunjukkan bahawa negara mengalami peningkatan drastik daripada 0.2 kematian bagi setiap sejuta orang pada 25 April lalu kepada 1.2 kematian bagi setiap sejuta orang pada 19 Mei 2021.

Perkembangan itu merupakan perkara yang mengejutkan kerana sebelum 25 April, kadar kematian harian Covid-19 di dalam negara sebahagian besarnya adalah berada di bawah 0.4 kematian bagi setiap sejuta rakyat Malaysia.

Pada Khamis, negara sekali lagi merekodkan jumlah peningkatan tertinggi kematian harian tertinggi apabila sebanyak 59 kematian berlaku akibat Covid-19.

Jumlah kematian pada tahun ini menunjukkan peningkatan yang membimbangkan apabila setakat 20 Mei 2021, jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 adalah sebanyak 1,625 manakala jumlah kumulatif kematian pada 2020 adalah 471.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here