PUTRAJAYA- Sijil vaksinasi penerima dos primer Sinovac akan bertukar menjadi putih (tidak lengkap) sekiranya individu tersebut tidak mendapatkan dos penggalak Februari ini.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, berdasarkan data terdapat 3.5 juta penerima dos primer Sinovac masih belum mendapatkan dos penggalak.
“Jika mereka tidak mendapatkan dos penggalak pada Februari ini, sijil vaksinasi kuning mereka akan bertukar menjadi putih mulai 1 Mac,” katanya pada sidang akhbar di kementeriannya pada Isnin.
Turut hadir, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
AKAN MENYUSUL