Home Koronavirus SMK Sulaiman ditutup seminggu, 19 pelajar positif Covid-19

SMK Sulaiman ditutup seminggu, 19 pelajar positif Covid-19

0
SMK Sulaiman ditutup seminggu, 19 pelajar positif Covid-19

BENTONG – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sulaiman di sini ditutup selama seminggu selepas penularan Covid-19 di sekolah berkenaan.

Dalam notis yang dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Bentong, sekolah tersebut ditutup mulai 19 Januari hingga 25 Januari bagi kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman.

Difahamkan individu positif dibawa ke pusat kuarantin di Kuantan dan Maran manakala kira-kira 34 pelajar yang menjadi kontak rapat turut dikuarantin.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Menurutnya, sehingga Selasa, seramai 21 individu disahkan positif Covid-19 melibatkan satu indeks, 19 orang pelajar dan seorang guru.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here