Home Koronavirus Situasi Covid di Malaysia paling teruk dalam ASEAN, kata Najib

Situasi Covid di Malaysia paling teruk dalam ASEAN, kata Najib

Situasi Covid di Malaysia paling teruk dalam ASEAN, kata Najib

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa situasi Covid-19 di Malaysia merupakan yang paling teruk dalam ASEAN.

Menerusi hantaran Facebook, Ahli Parlimen Pekan itu turut berkongsi graf data Universiti John Hopkins yang menunjukkan kes di Malaysia sudah melepasi United Kingdom dan Amerika Syarikat pada 13 Mei 2021.

“Fakta dan sains telah menunjukkan Malaysia telah melepasi United Kingdom dan Amerika Syarikat bagi kes baharu Covid-19 untuk setiap satu juta penduduk.

“Walaupun Malaysia satu-satunya negara dalam dunia yang menggantung perlembagaan dan Parlimen dengan alasan untuk melawan Covid-19, supaya kerajaan diberi kuasa penuh bagi berbelanja sesuka hati bagi melawan Covid-19,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau pada Jumaat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here