Home Koronavirus Sijil vaksin palsu: MMA mahu pesalah ditangkap, beri hukuman berat

Sijil vaksin palsu: MMA mahu pesalah ditangkap, beri hukuman berat

0
Sijil vaksin palsu: MMA mahu pesalah ditangkap, beri hukuman berat

SHAH ALAM – Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) meminta pihak berkuasa supaya melakukan siasatan menyeluruh dan menangkap kesemua pesalah termasuk pengamal perubatan yang didapati terllibat dalam kegiatan pengeluaran sijil vaksinasi tanpa suntikan.

Presiden MMA, Dr Koh Kar Chai berkata, kumpulan tersebut perlu dibawa ke muka pengadilan dan diberikan hukuman paling berat kerana ia merupakan kesalahan serius yang boleh membahayakan banyak nyawa.

“Amat mengejutkan apabila lebih 5,000 sijil vaksinasi dikeluarkan oleh klinik yang terletak di Gombak (Selangor) kepada individu yang tidak diberikan vaksinasi.

“Kami tidak akan membenarkan segelintir ‘kambing hitam’ untuk mencemarkan nama baik dan reputasi profesion perubatan.

“MMA menyokong tindakan paling tegas diambil terhadap mana-mana pengamal perubatan yang didapati terlibat dalam perbuatan tidak bertanggungjawab dan jenayah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Pada Isnin, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed memaklumkan pihaknya berjaya mengesan kegiatan pengeluaran sijil digital vaksinasi secara tidak sah yang dilakukan di sebuah poliklinik swasta di Selangor.

Katanya, hasil penelitian di dalam komputer riba yang dirampas mendapati terdapat 5,601 pesakit yang telah didaftarkan sebagai penerima vaksinasi ke dalam sistem MySejahtera.

Dalam pada itu, Dr Kar Chai berkata, bagi pengamal perubatan berdaftar, lesen mereka boleh dibatalkan oleh Majlis Perubatan Malaysia sekiranya didapati melakukan kesalahan tersebut.

“Unit Penguatkuasaan Kemudahan Swasta di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga perlu mengambil langkah tegas lain seperti penutupan segera premis mereka dan mendakwa mereka yang didapati terlibat di mahkamah,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau turut memaklumkan MMA telah menerima aduan daripada seorang individu mengenai sijil vaksin palsu dan pihaknya akan membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

“Orang ramai juga boleh menghantar aduan melalui e-mel kepada secretary@mma.org.my,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here