Home Koronavirus Sijil vaksin Malaysia diperakui di Eropah

Sijil vaksin Malaysia diperakui di Eropah

0
Sijil vaksin Malaysia diperakui di Eropah

SHAH ALAM – Kesatuan Eropah (EU) menerima dan memperakui sijil vaksinasi digital MySejahtera.

Berita baik itu dikongsikan oleh Duta Besar Kesatuan Eropah ke Malaysia, Michalis Rokas dalam ciapannya di Twitter, pada Isnin.

“EU telah menerima permintaan Malaysia untuk mewujudkan kesetaraan antara Sijil Covid Digital EU dan MySejahtera Malaysia. (Ia menjadi faktor) penggalak untuk perniagaan dan pelancongan,” menurut beliau menerusi ciapan itu.

Katanya, Malaysia boleh dihubungkan terus dengan rangka kerja keyakinan Sijil Covid Digital EU, di bawah Peraturan (EU) 2021/953 dan keputusan itu akan berkuat kuasa mulai 4 April.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here