Home Koronavirus Sidang akhbar KP Kesihatan petang ini

Sidang akhbar KP Kesihatan petang ini

Sidang akhbar KP Kesihatan petang ini

PUTRAJAYA – [DIKEMASKINI] Selepas lebih sebulan, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kembali mengadakan sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19, petang ini.

Jemputan media telah dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Korporat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sidang akhbar berkenaan akan dipancarkan secara langsung menerusi televisyen tempatan jam 5.30 petang.

Kali terakhir Dr Noor Hisham muncul di kaca televisyen pada 4 Mac lalu.

Situasi Covid-19 dalam negara dilaporkan berada di tahap membimbangkan selepas 506 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) seluruh negara pada Jumaat.

Selain itu, 4,498 kes baharu positif Covid-19 dengan 22 kematian turut dilaporkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here