Home Koronavirus Sembilan lagi kematian akibat Covid-19

Sembilan lagi kematian akibat Covid-19

0
Sembilan lagi kematian akibat Covid-19
Sebanyak sembilan kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan dan tiga daripadanya adalah kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

SHAH ALAM – Sebanyak 2,881 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Sabtu dengan satu daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNOW, sebanyak sembilan kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan dan tiga daripadanya adalah kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Justeru, jumlah kematian dalam negara kini sebanyak 36,546 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 31,209 kes, dengan 29,345 atau 94 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 1,780 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital.

Sebanyak 84 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 62 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan pada Sabtu ialah 4,730 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,878,828 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here