Home Koronavirus Seluruh warga pengajian tinggi divaksin menjelang Oktober

Seluruh warga pengajian tinggi divaksin menjelang Oktober

0
Seluruh warga pengajian tinggi divaksin menjelang Oktober

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) bersetuju untuk memberi vaksin kepada seluruh warga pengajian tinggi menjelang Oktober depan, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Noraini berkata, pemberian vaksin yang dijalankan secara berperingkat itu adalah sebagai usaha untuk mewujudkan gelembung kampus di institusi pengajian tinggi (IPT).

“Dengan usaha ini, lebih ramai pelajar dapat kembali ke kampus secara berfasa dan menjalani Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) secara hibrid,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau pada Jumaat.

Noraini berkata, langkah berkenaan merupakan sebahagian daripada Pelan Pemulihan IPT (Pemulih IPT) yang sedang dirangka oleh kementerian itu.

“Dalam Pemulih IPT, beberapa strategi dan SOP (prosedur operasi standard) sedang diperincikan bagi menentukan keadaan mereka yang sudah divaksin selamat untuk berinteraksi sesama sendiri, dalam kelompok yang telah divaksin,” katanya.

Noraini berkata, KPT juga sedang memperhalusi langkah-langkah kawalan dalam mengekang penularan virus Covid-19 di IPT. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here