Home Koronavirus Selangor, KL kena PKPD selama 14 hari

Selangor, KL kena PKPD selama 14 hari

0
Selangor, KL kena PKPD selama 14 hari

SHAH ALAM – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di mukim-mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di Kuala Lumpur selama 14 hari bermula 3 Julai 2021 sehingga 16 Julai 2021.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat pembentangan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai situasi Covid-19 di dua negeri tersebut.

“Kedua-dua negeri ini menunjukkan trend jangkitan yang tinggi. Selangor melaporkan purata kes harian Covid-19 antara 1,800 ke 1,900.

“Manakala di Kuala Lumpur purata kes harian adalah dalam lingkungan 600 ke 1,000 kes. Kesemua daerah di Selangor dan WP Kuala Lumpur melaporkan insiden kes Covid-19 melebihi 12.1 per 100,000 penduduk,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ismail Sabri berkata, data unjuran kadar nilai kebolehjangkitan (R-naught) di kedua-dua negeri tersebut masih dalam lingkungan 1.0 dan tidak menunjukkan trend penurunan.

“Situasi ini adalah membimbangkan apabila mengambil kira kepadatan penduduk dan penularan tiga varian baharu yang lebih ganas iaitu varian Beta B.1.351 (Afrika Selatan), Delta B.1.617.2 (India) dan Alpha B.1.1.7 (UK),” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here