Home Koronavirus Sekolah ditutup selepas 11 guru, seorang murid positif Covid-19

Sekolah ditutup selepas 11 guru, seorang murid positif Covid-19

0
Sekolah ditutup selepas 11 guru, seorang murid positif Covid-19

KOTA BHARU – Sebuah sekolah di Ketereh terpaksa ditutup selepas 11 guru dan seorang murid dipercayai positif Covid-19.

Difahamkan berkemungkinan berpunca daripada seorang guru yang menghadiri majlis perkahwinan sebelum menjangkiti guru dan murid tersebut.

Kes berkenaan dikesan semalam selepas guru terbabit menjalani ujian calitan.

Sekolah ditutup selepas diarahkan Jabatan Pendidikan Negeri dan Pusat Kesihatan Daerah.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Hussin, ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here