Home Koronavirus Sekatan tambahan bagi pengembara ke Labuan dilanjutkan

Sekatan tambahan bagi pengembara ke Labuan dilanjutkan

0
Sekatan tambahan bagi pengembara ke Labuan dilanjutkan

SHAH ALAM – Tempoh sekatan tambahan bagi kemasukan pengembara ke Labuan dilanjutkan bermula Rabu hingga 30 Jun ini, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira situasi terkini Covid-19.

“Mengambil kira situasi terkini Covid-19 ketika ini, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan tempoh sekatan tambahan bagi kemasukan pengembara ke Labuan bermula 10 Jun sehingga 30 Jun 2021,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Pada 25 Mei lalu, kerajaan memaklumkan beberapa sekatan tambahan bagi kemasukan pengembara ke Labuan berkuatkuasa pada 27 Mei lepas sehingga 9 Jun.

Ismail Sabri berkata, antara sekatan tambahan dikenakan adalah pengembara wajib menjalani ujian saringan Tindak Balas Berantai Polimerase (RT-PCR) Covid-19 tiga hari sebelum memasuki Labuan.

Selain itu, katanya, kuarantin wajib pengembara juga akan dilaksanakan iaitu selama 10 hari di rumah bagi penduduk asal Labuan manakala penjawat awam di rumah atau hotel untuk tempoh sama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here