Home Koronavirus Segerakan vaksin remaja bawah 18 tahun di Perak

Segerakan vaksin remaja bawah 18 tahun di Perak

0
Segerakan vaksin remaja bawah 18 tahun di Perak

IPOH – Kerajaan digesa untuk menyegerakan pemberian vaksin kepada remaja berusia 18 tahun ke bawah di Perak bagi mempercepatkan proses vaksinasi di negara ini.

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh berkata, pembukaan semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) awam kepada individu tanpa janji temu menunjukkan mereka yang mendaftar melalui aplikasi MySejahtera hampir selesai divaksinasi.

Menurutnya, berdasarkan situasi itu, wajar bagi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempertimbangkan program vaksinasi kepada golongan remaja berusia 12 tahun ke atas.

“Saya percaya banyak PPV di Perak menghadapi kekurangan calon penerima vaksin sekarang dan kerajaan harus bersikap ‘no time waste ‘dalam isu ini dan membuka peluang vaksinasi kepada golongan remaja ini.

“Saya telah memaklumkan perkara di atas kepada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar beberapa hari yang lepas dan berharap Menteri Kesihatan akan membuat suatu keputusan dengan kadar segera,” katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa kerajaan negeri Perak supaya lebih proaktif dalam mempertingkatkan usaha bagi mempercepatkan proses vaksinasi di negeri ini.

Menurut Setiausaha DAP Perak itu, pencapaian Perak dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) tidak begitu memuaskan dan hanya menduduki tempat keempat tercorot dari segi peratusan vaksinasi berbanding negeri-negeri lain.

Jelasnya, kerajaan negeri harus mengambil sikap yang lebih agresif dalam memberikan cadangan dengan fakta dan data kepada kerajaan Persekutuan dalam meningkatkan usaha termasuk pemberian vaksin kepada golongan remaja dengan segera.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here