Home Koronavirus Sebahagian besar pesakit `tiada gejala’

Sebahagian besar pesakit `tiada gejala’

0
Sebahagian besar pesakit `tiada gejala’

SHAH ALAM – Sebanyak 12,528 kes baharu direkodkan pada Sabtu dan hanya 64 kes atau 0.5 peratus berada dalam kategori lima iaitu kritikal dan memerlukan ventilator.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebahagian besar kes berada pada kategori satu iaitu tiada gejala dan kategori dua (gejala ringan).

Menurutnya, sebanyak 6,840 kes (54.6 peratus) pada kategori satu manakala 5,468 kes (43.6 peratus) dalam kategori dua.

“Bagi kategori tiga (radang paru-paru) pula, sebanyak 112 kes bersamaan 0.9 peratus dilaporkan dan untuk kategori empat (perlu oksigen), sebanyak 44 kes (0.4 peratus),” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Sabtu.

Menerusi perkongsian di ciapan lain, Dr Noor Hisham memaklumkan, berdasarkan jumlah ujian saringan melibatkan Teknik Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) dan Antigen Rapid Test Kit (RTK-Ag) menunjukkan trend menaik.

“Secara umumnya, jumlah sampel Covid-19 (ujian RT-PCR dan RTK-Ag) yang diuji untuk tempoh 14 hari kebelakangan menunjukkan tren menaik.

“Pada 16 Julai 2021, jumlah ujian keseluruhan adalah 132,935 di mana 65,171 ujian RT-PCR dan 67,764 RTK-Ag telah dijalankan.

“Negeri Selangor telah menjalankan jumlah ujian tertinggi iaitu 46,681manakala Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur sebanyak 16,500 ujian dan Johor pula 10,611 ujian,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, masih ada kapasiti diguna pakai bagi menjalankan ujian Covid-19 terutama bagi saringan bertumpu (targeted testing).

ARTIKEL BERKAITAN: 12,528 kes Covid-19 direkodkan hari ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here