SEPANG – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan beliau tidak tahu bila vaksin Sinovac keluaran China akan diluluskan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ini kerana katanya, kerajaan menyerahkan sepenuhnya kepada bahagian itu membuat penilaian secara bebas tanpa diganggu.
“Saya tidak boleh tahu sebab NPRA buat kerja secara bebas dan berkecuali,” katanya pada sidang akhbar Ketibaan Bekalan Kedua Vaksn Covid-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Sabtu.
AKAN MENYUSUL