SEPANG – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memutuskan untuk tidak mengambil suntikan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech.
Beliau sebaliknya memilih untuk menjadi orang pertama mengambil vaksin yang akan diluluskan seterusnya nanti.
“Saya lihat Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan banyak kenamaan lain seperti menteri besar telah terima vaksin (Pfizer-BioNTech).
“Jadi rakyat sudah semakin yakin (dengan Pfizer) sekarang.
“(Jadi) saya akan ambil vaksin yang akan diluluskan seterusnya,” katanya pada sidang media sempena Ketibaan Bekalan Kedua Vaksin Covid-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Sabtu.
AKAN MENYUSUL