Home Koronavirus Satu kluster upacara pengebumian dikesan di Sarawak

Satu kluster upacara pengebumian dikesan di Sarawak

0
Satu kluster upacara pengebumian dikesan di Sarawak

KUCHING – Jabatan Kesihatan Sarawak mengesan satu kluster yang berpunca daripada perhimpunan semasa upacara pengebumian, dikenali Kluster Lorong 3 Kampung Siol Kandis.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) pada Khamis, jangkitan itu dikesan berlaku melalui upacara pengebumian dan sembahyang antara 2 dan 4 Jun serta pada 12 Jun dalam kalangan individu dan ahli keluarga yang menghadiri upacara tersebut.

“Sejumlah 123 individu telah disaring dengan 45 kes dikesan positif Covid-19 termasuk kes indeks dan 78 orang didapati negatif. Kesemua kes positif telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak dan PKRC (Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19) di daerah Kuching,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Kluster Jalan Haji Lampam di daerah Miri ditamatkan setelah tiada kes baharu dikesan dalam tempoh 28 hari. Hingga hari ini masih terdapat 95 kluster aktif di Sarawak.

Sarawak merekodkan 544 kes baharu Covid-19 pada Khamis menjadikan angka keseluruhan kes sebanyak 65,395. Turut dilaporkan empat kematian baharu akibat jangkitan wabak itu, menjadikan angka kematian kumulatif kini berjumlah 413 orang.

Tiga lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu Rumah Was Anak Jenteng di Tatau (30 Jun hingga 13 Julai); Rumah Nyandang (Meradong) dari 1 hingga 17 Julai dan Kampung Mongkos (Serian) dari 2 hingga 15 Julai. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here