Home Koronavirus Saringan PKPD punca kes Covid-19 tinggi di Selangor: MB

Saringan PKPD punca kes Covid-19 tinggi di Selangor: MB

Saringan PKPD punca kes Covid-19 tinggi di Selangor: MB

SHAH ALAM – Saringan Covid-19 yang dilaksanakan secara menyeluruh di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) menyumbang kepada jumlah positif tinggi di Selangor.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari berkata, saringan itu menyumbang kepada kes kumulatif berjumlah 1,346 kes selain saringan kontak rapat kes positif di kawasan PKPD.

Menurutnya, dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Khamis, beliau mengesyorkan beberapa cadangan untuk dipertimbangkan dan dilaksanakan oleh kerajaan Persekutuan.

“Cadangan (disyorkan kepada kerajaan Persekutuan antaranya) mengekalkan penutupan sektor ekonomi dan industri yang telah ditetapkan sehingga tamat pelaksanaan PKPD,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook beliau pada Khamis.

Amiruddin juga menganggap matlamat pelaksanaan PKPD iaitu bagi memutuskan rantaian wabak serta mengurangkan beban kepada sistem kesihatan negara masih belum dicapai.

“Oleh itu, kerajaan negeri mencadangkan hanya sektor ekonomi yang benar-benar perlu sahaja dibuka bagi pertimbangan MKN.

“Selain itu, kerajaan negeri turut mencadangkan vaksinasi pekerja dipercepatkan dan kadar vaksinasi ditentukan sebagai antara faktor pembukaan sektor ekonomi,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here