Home Koronavirus Sarawak muktamad persediaan vaksin remaja 12 hingga 17 tahun

Sarawak muktamad persediaan vaksin remaja 12 hingga 17 tahun

0
Sarawak muktamad persediaan vaksin remaja 12 hingga 17 tahun

KUCHING – Sarawak sedang memuktamadkan persediaan bagi melaksanakan proses pemberian vaksin kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun dalam usaha mengekang jangkitan Covid-19.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pelaksanaannya akan diumumkan apabila semua persiapan selesai.

Uggah yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN) turut meminta segelintir rakyat Sarawak yang menolak atau enggan menerima suntikan vaksin agar segera mendapatkan suntikan vaksin mereka.

“Kita masih membuka pusat pemberian vaksin di seluruh negeri, mereka yang terbabit boleh menghubungi pejabat jawatankuasa bencana kawasan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata, selagi mereka yang berkenaan berkeras enggan divaksinasi, mereka bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah orang di sekeliling mereka juga.

“Lebih-lebih lagi ketika ini kita mengalami peningkatan kes positif serta kehadiran varian Delta yang lebih cepat berjangkit,” katanya.- Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here