Home Koronavirus Rentas negeri, daerah bagi pasangan jarak jauh tidak dibenarkan

Rentas negeri, daerah bagi pasangan jarak jauh tidak dibenarkan

0
Rentas negeri, daerah bagi pasangan jarak jauh tidak dibenarkan

PUTRAJAYA – [DIKEMAS KINI] Kerajaan membuat keputusan untuk tidak membenarkan pergerakan rentas daerah dan negeri melibatkan pasangan jarak jauh (PJJ) dalam tempoh ‘lockdown’ fasa pertama bermula 1 Jun sehingga 14 Jun ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pasangan PJJ perlu berkorban untuk dua minggu ini.

“Apa yang perlu hari ini semua rakyat perlu berkorban, ada yang terpaksa menutup perniagaan sementara waktu, ada yang terpaksa menutup kilang mereka sementara waktu untuk dua minggu ini.

“Jadi untuk PJJ perlu berkorban untuk dua minggu ini. Kita telah membuat keputusan iaitu untuk tidak membenarkan pergerakan rentas daerah dan negeri oleh pasangan PJJ,” katanya pada sidang akhbar bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Ahad.

Selain itu, menurutnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih boleh mengeluarkan surat kebenaran rentas negeri, daerah bagi tujuan kecemasan seperti kematian dan keluarga nazak.

Pada 28 Mei lalu, sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan untuk melaksanakan ‘total lockdown’ fasa pertama di seluruh negara bermula 1 Jun sehingga 14 Jun ini bagi membendung penularan Covid-19.

Menurut satu kenyataan, sidang khas yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu turut memutuskan semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh MKN.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here